Kita juga ingin belajar, mahir dan menguasai Bahasa Inggeris tetapi tidak mempunyai buku rujukan dan panduan yang tepat serta bersesuaian. Yuran yang dikenakan untuk kursus Bahasa Inggeris (BI) juga terlalu mahal. Paling mahal Linguaphone..hampir beribu - ribu harganya..
Hari ini penggunaan BI sangat penting di dunia tidak kira di dalam atau di luar negara. Di dalam negara pun sudah mula dibanjiri penggunaan BI. Kerajaan telah menekankan penggunaan BI di semua sektor-sektor swasta mahupun kerajaan. Juga sekarang ini, dalam temuduga kerja pun sudah mula menggunakan BI. Susah bagi kita untuk mendapatkan kerja jika tidak mahir dan menguasai BI. Semuanya BI. Melancong di dalam atau di luar negara perlu mahir BI. Hampir semua hotel-hotel di tempat pelancongan menggunakan BI. Susah juga bagi kita jika tidak tahu BI. Contohnya, untuk mengajar BI kepada anak-anak sendiri perlu juga pandai BI. Bahkan buku, surat akhbar, movie menggunakan BI sebagai bahasa mendium mereka.
Kita belajar BI dari tadika sehingga ke Universiti, tetapi masih lagi tidak mahir dan menguasainya. Apakah sebabnya? Salah bapa atau ibu ke? Persekitaran? Atau sebab-sebab lain. Sama-sama kita fikirkan. Bah kata Nabil Raja Lawak, Lu pikir la sendiri..
Kita belajar BI dari tadika sehingga ke Universiti, tetapi masih lagi tidak mahir dan menguasainya. Apakah sebabnya? Salah bapa atau ibu ke? Persekitaran? Atau sebab-sebab lain. Sama-sama kita fikirkan. Bah kata Nabil Raja Lawak, Lu pikir la sendiri..
Sebenarnya, yang paling NYATA adalah cara pengajaran tersebut yang kurang berkesan. Kita diajar bahasa inggeris dengan tujuan untuk lulus peperiksaan. Orang inggeris sendiri berterabur grammarnya, kita pula lebih - lebih belajar grammarnya. Apa yang penting adalah "mampukah kita menguasai Bahasa inggeris ini?
Untuk menguasai bahasa Inggeris dengan mudah - kita perlu tahu teknik - teknik yang sebenarnya. Buangkan kaedah - kaedah menguasai bahasa inggeris yang kita pelajari dahulu..TIDAK BERKESAN..
Menguasai bahasa kedua, apatah lagi bila kita telah dewasa, memang sukar tetapi kita boleh mempercepatkan proses ini jika kita belajar dari pengalaman-pengalaman mereka yang telah berjaya melaluinya. Di sini saya senaraikan kaedah-kaedah/tips-tips pembelajaran BI yang juga penting:
1) Jangan Malu.
1) Jangan Malu.
Kebanyakan orang yang tidak tahu atau kurang mahir dalam BI malu dan segan untuk bertutur atau bercakap dalam BI. Mereka merasakan dirinya kurang berbanding orang lain. Sikap ini perlu dihindari dan perlu diubah. Sebenarnya kita telah membuat kesilapan jika malu untuk belajar dan bertutur dalam BI. Jangan kita biarkan perasaan malu ini melemahkan diri kita untuk terus maju dan ianya juga menyebabkan proses pembelajaran akan menjadi lambat. Jadi ubahkan sikap dan pemikiran kita mengenai hal ini.
2) Keliling diri dan dekatkan dengan bahasa Inggeris.
2) Keliling diri dan dekatkan dengan bahasa Inggeris.
Langkah ini juga penting. Cuba kita mendekatkan diri terhadap BI. Maksud saya, semua aspek-aspek yang berkaitan BI perlu diambilberat dan dijadikan proses pembelajaran. Contohnya, kita boleh melakukannya melalui pergaulan, hiburan, media, pembacaan dan lain. Kita boleh menonton rancangan TV atau televisyen dalam Bi dan cuba untuk memahami pertuturan yang dituturkan dalam rancangan tersebut. Perlu diingat jangan membaca sarikata bahasa Malaysia kerana ianya tidak ada kesan langsung terhadap BI kita. Kita juga boleh membaca buku-buku BI, novel-novel BI dan akhbar-akhbar Bi untuk kita mendekatkan diri kepada bahasa dan seterusnya memahami tentang BI. Seterusnya berbuallah dengan rakan kita dengan menggunakan BI. Lebih baik lagi jika rakan anda dapat memperbaiki nahu anda. Kaedah-kaedah ini membuatkan pembelajaran anda lebih menyeronokkan.
3) Bahan-Bahan/Alat-Alat Pembelajaran
Bahan-bahan pembelajaran pun tetap penting. Ini kerana ianya boleh menjadi sebagai alat untuk pembelajaran BI. Kita boleh memiliki atau membeli bahan-bahan tersebut untuk pembelajaran BI kita. Contohnya, boleh membeli seperti audio Cakera Padat (CD), Video Cakera Padat (VCD) atau buku-buku khas untuk pembelajaran BI. Kamus BI juga jangan lupa. Sentiasa dekat dengan kamus BI. Dengan cara ini, kita boleh belajar di rumah secara sendirian.
4) Cari Mentor atau Guru
4) Cari Mentor atau Guru
Kita jangan segan untuk menuntut ilmu dengan mentor atau guru. Bak kata pepatah menuntut sampai ke liang lahad. Cara yang paling berkesan untuk pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) adalah menuntut ilmu (BI) dengan guru atau cikgu. Ini kerana kita akan ditunjuk ajar dengan cara yang betul dan berkesan disamping pengalaman luas tentang ilmu yang dimiliki oleh seseorang guru. Kita boleh terus bertanya kepada guru dan membuat latihan BI seberapa yang banyak.
No comments:
Post a Comment
Leave your comments here!