Welcome to my blog........"LEARNING IS FUN"........come visit and feel free to drop some comments!

Hot!!!!

Friday, 20 July 2012

SENAMROBIK 1 MALAYSIA 2012

SK Parit Baharu tidak ketinggalan menyertai program wajib Senamrobik 1 Malaysia pada 10 Julai 2012.Semua murid ,guru-guru dan kakitangan sekolah menyertai program ini bermula jam 8.00 hingga 9.30 pagi.Instruktor senamrobik adalah Cikgu Mohd Fezli dan Ustaz Rohzali Paduli.Murid-murid yang kurang sihat dikecualikan.

 Pendaftaran kehadiran murid
 Tak sabar murid prasekolah nak bersenamrobik
 Aksi murid prasekolah
 Perasmian Program Oleh Tuan Guru Besar














Selepas senamrobik minumlah lah pula air sirap mangga yang sedap rasanya.

walaupun, xdpt nk turut serta tp dapat rasai kemeriahan program ni kt sekolah...
sorry everybody, i kene pergi kursus laa...hehe


Read more...

Friday, 6 July 2012

Tazkirah


Read more...

Teknik dan Panduan Menguasai Bahasa Inggeris



Kita belajar Bahasa Inggeris bertahun-tahun, tetapi tetap juga tidak mahir menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Apakah silapnya? Kita boleh membaca bahan-bahan Bahasa Inggeris, tapi bila disuruh bercakap, tetapi jadi gemuruh, rasa macam budak - budak, malu dan segan.
Kita juga ingin belajar, mahir dan menguasai Bahasa Inggeris tetapi tidak mempunyai buku rujukan dan panduan yang tepat serta bersesuaian. Yuran yang dikenakan untuk kursus Bahasa Inggeris (BI) juga terlalu mahal. Paling mahal Linguaphone..hampir beribu - ribu harganya..
Hari ini penggunaan BI sangat penting di dunia tidak kira di dalam atau di luar negara. Di dalam negara pun sudah mula dibanjiri penggunaan BI. Kerajaan telah menekankan penggunaan BI di semua sektor-sektor swasta mahupun kerajaan. Juga sekarang ini, dalam temuduga kerja pun sudah mula menggunakan BI. Susah bagi kita untuk mendapatkan kerja jika tidak mahir dan menguasai BI. Semuanya BI. Melancong di dalam atau di luar negara perlu mahir BI. Hampir semua hotel-hotel di tempat pelancongan menggunakan BI. Susah juga bagi kita jika tidak tahu BI. Contohnya, untuk mengajar BI kepada anak-anak sendiri perlu juga pandai BI. Bahkan buku, surat akhbar, movie menggunakan BI sebagai bahasa mendium mereka.
Kita belajar BI dari tadika sehingga ke Universiti, tetapi masih lagi tidak mahir dan menguasainya. Apakah sebabnya? Salah bapa atau ibu ke? Persekitaran? Atau sebab-sebab lain. Sama-sama kita fikirkan. Bah kata Nabil Raja Lawak, Lu pikir la sendiri..
Sebenarnya, yang paling NYATA adalah cara pengajaran tersebut yang kurang berkesan. Kita diajar bahasa inggeris dengan tujuan untuk lulus peperiksaan. Orang inggeris sendiri berterabur grammarnya, kita pula lebih - lebih belajar grammarnya. Apa yang penting adalah "mampukah kita menguasai Bahasa inggeris ini?
Untuk menguasai bahasa Inggeris dengan mudah - kita perlu tahu teknik - teknik yang sebenarnya. Buangkan kaedah - kaedah menguasai bahasa inggeris yang kita pelajari dahulu..TIDAK BERKESAN..
Menguasai bahasa kedua, apatah lagi bila kita telah dewasa, memang sukar tetapi kita boleh mempercepatkan proses ini jika kita belajar dari pengalaman-pengalaman mereka yang telah berjaya melaluinya. Di sini saya senaraikan kaedah-kaedah/tips-tips pembelajaran BI yang juga penting:

1) Jangan Malu.
Kebanyakan orang yang tidak tahu atau kurang mahir dalam BI malu dan segan untuk bertutur atau bercakap dalam BI. Mereka merasakan dirinya kurang berbanding orang lain. Sikap ini perlu dihindari dan perlu diubah. Sebenarnya kita telah membuat kesilapan jika malu untuk belajar dan bertutur dalam BI. Jangan kita biarkan perasaan malu ini melemahkan diri kita untuk terus maju dan ianya juga menyebabkan proses pembelajaran akan menjadi lambat. Jadi ubahkan sikap dan pemikiran kita mengenai hal ini.

2) Keliling diri dan dekatkan dengan bahasa Inggeris.
Langkah ini juga penting. Cuba kita mendekatkan diri terhadap BI. Maksud saya, semua aspek-aspek yang berkaitan BI perlu diambilberat dan dijadikan proses pembelajaran. Contohnya, kita boleh melakukannya melalui pergaulan, hiburan, media, pembacaan dan lain. Kita boleh menonton rancangan TV atau televisyen dalam Bi dan cuba untuk memahami pertuturan yang dituturkan dalam rancangan tersebut. Perlu diingat jangan membaca sarikata bahasa Malaysia kerana ianya tidak ada kesan langsung terhadap BI kita. Kita juga boleh membaca buku-buku BI, novel-novel BI dan akhbar-akhbar Bi untuk kita mendekatkan diri kepada bahasa dan seterusnya memahami tentang BI. Seterusnya berbuallah dengan rakan kita dengan menggunakan BI. Lebih baik lagi jika rakan anda dapat memperbaiki nahu anda. Kaedah-kaedah ini membuatkan pembelajaran anda lebih menyeronokkan.
3) Bahan-Bahan/Alat-Alat Pembelajaran
Bahan-bahan pembelajaran pun tetap penting. Ini kerana ianya boleh menjadi sebagai alat untuk pembelajaran BI. Kita boleh memiliki atau membeli bahan-bahan tersebut untuk pembelajaran BI kita. Contohnya, boleh membeli seperti audio Cakera Padat (CD), Video Cakera Padat (VCD) atau buku-buku khas untuk pembelajaran BI. Kamus BI juga jangan lupa. Sentiasa dekat dengan kamus BI. Dengan cara ini, kita boleh belajar di rumah secara sendirian. 

4) Cari Mentor atau Guru
Kita jangan segan untuk menuntut ilmu dengan mentor atau guru. Bak kata pepatah menuntut sampai ke liang lahad. Cara yang paling berkesan untuk pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) adalah menuntut ilmu (BI) dengan guru atau cikgu. Ini kerana kita akan ditunjuk ajar dengan cara yang betul dan berkesan disamping pengalaman luas tentang ilmu yang dimiliki oleh seseorang guru. Kita boleh terus bertanya kepada guru dan membuat latihan BI seberapa yang banyak.

Read more...

Good Night atau Good Evening?


Kita selalu mendengar orang menggunakan GOOD EVENING ketika berjumpa atau mengucapkan selamat ketika hari sudah MALAM. Kita mungkin menggaru-garu kepala dan berkata,

Kenapa GOOD EVENING? Bukankah sepatutnya GOOD NIGHT? Sebab good night kalau dalam bahasa Melayu ialah selamat malam.

Yang betul

Gunakan GOOD EVENING sebagai ucapan ketika kita bertemu dengan seseorang pada pukul 6 petang dan ke atas (pukul 6, 7:45, 8:50, 9:00 dan seterusnya) . GOOD NIGHT pula digunakan ketika waktu malam hampir berakhir dan sebagai ucapan perpisahan kita dengan kawan kita pada hari tersebut.

Contoh:

Good evening Faeza, would you like to have some dinner with me?

(Selamat petang Faeza, sudikah awak keluar makan malam dengan saya?)
Good night. I’ll see you at work tomorrow.

(Selamat malam. Jumpa awak di tempat kerja esok.)

sources taken from: http://bahasainggeris.com

Read more...

Yes No

Yes, No. Dua perkataan bahasa Inggeris yang selalu kita dengar dan selalu kita gunakan. Hatta orang yang tidak pandai bahasa Inggeris pun tahu dua perkataan ini. Apabila kita bersetuju dengan sesuatu perkara yang ditanya kepada kita, maka kita akan menjawab YES. Jika sebaliknya kita akan jawab NO.
Namun begitu, tahukah anda cara yang yang betul ketika menggunakan dua perkataan ini? Mari kita bincangkan bersama.
Apabila menjawab dengan mengatakan YES, anda perlu jawab begini;
Did he come last week? – Yes, he did.
Anda tidak boleh hanya menjawab ‘Yes’, tapi perlu ditambah perkataan ‘he did.’ Contoh lain;
Are you from Malaysia? – Yes, I am.
Is he your friend? – Yes, he is.
Are Aziz and Satar from Malaysia? – Yes, they are.
Namun, berbeza dengan NO. Apabila anda menjawab No, anda perlu ringkaskan jawapan anda. Lihat contoh.
Did he come last week? – No, he didn’t. (ringkasan daripada he did not)
Are you from Malaysia? – No, I’m not. (I am not)
Is he your friend? – No, he isn’t. (he is not)
Are Azizi and Satar from Malaysia? – No, they aren’t. (they are not)




sources taken from: http://bahasainggeris.com

Read more...

SUKAN MINI 2012

Tidak seperti tahun lalu,SK Parit Baharu pada tahun ini telah mengadakan sukan mini secara sederhana tetapi tetap meriah.Majlis berlangsung pada 28 Jun 2012bermula jam 8.pagi hingga 1.00 tengah hari.Murid-murid kelihatan bersemangat untuk bersukan walaupun hanya dua acara kumpulan bagi setiap kelas.Alhamdulillah ,dengan cara ini semua murid akan mendapat hadiah dan kesemuanya dapat menyertai sebagaimana yang diharapkan dalam konsep 1 Murid 1 Sukan.


Gelagat Sebelum Sukan













Aksi Di Hari Sukan Sebenar



















Majulah Sukan Untuk Negara

kredit foto: dicilok drpd Tn Hj Shafi'i (http://labictskpb.blogspot.com)


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...